RAKYAT SABAH LUAR BANDAR MASIH MISKIN DI BAWAH KERAJAAN BN



Monday March 14.2016


OLEH: STAFF DAP &
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Negeri Sabah di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) belum  mencapai 100 peratus kemajuan yang dikecapi oleh rata-rata penduduknya terutama sekali masyarakat anak jati Sabah yang tinggal di kawasan pedalaman masih terlalu dahagakan bangunan infrastruktur.
Kemiskinan yang membelenggu kepada  rakyat tempatan anak jadi Sabah  mendorong ada  antaranya di kalangan anak-anak mereka tidak pergi bersekolah disebabkan tahap kemiskinan tegar yang mereka hadapi.
 Ini realitinya keadaan di negeri Sabah sesiapapun tiada yang boleh menafikannya bahawa Negeri Sabah ramai penduduknya masih di paras kemiskinan tegar
Dengan itu Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa Kerajaan Persekutuan jangan mengabaikan kepentingan Orang Asli  (Anak Jati) Sabah dan memandang berat terhadap kadar kemiskinan tinggi di kalangan orang asli Sabah.
Beliau juga meminta Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan sumber yang lebih banyak untuk Sabah, supaya masalah pembangunan ketidaksamaan dan tidak seimbang antara Sabah dan Semenanjung Malaysia boleh dikurangkan.
Beliau memberi permintaan tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong. 
Stephen Wong juga menyatakan bahawa Parti Tindakan Demokratik sentiasa mempertahankan semangat persekutuan, institusi dan juga status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama rata dalam Persekutuan Malaysia. Prinsip ini tidak pernah berkompromasi.
Beliau berkata bahawa Sabah merupakan rakan kongsi yang sama rata dalam Persekutuan Malaysia, tetapi di bawah pentadbiran BN, rakyat Sabah khususnya Orang Asli Sabah masih hidup di bawah garis kemiskinan, yang lagi tragis adalah Orang Asli Sabah sepatutnya Tuan Tanah Sabah, tetapi akhirnya menjadi warganegara kelas kedua.

Dalam pada itu  Stephen Wong juga melahirkan rasa kecewa kerana Timbalan Ketua Menteri Sabah  Datuk Raymond Tan Shu Kiah pun mengakui bahawa sudah pasti Sabah tak mungkin menjadi negeri yang maju menjelang tahun 2020. Malahan, ia adalah amat menyedihkan bahawa GDP per kapita bagi Sabah adalah dijangka hanya USD 27,496 jauh bezanya berbanding standard Negara maju iaitu USD 50,000 per kapita, hanya separuh dari standard Negara maju.
Malahan, ia adalah lebih menyesali untuk mendapati bahawa mengikut laporan dikeluar oleh United Nation dimana Sabah mempunyai lebih 34 peratus orang asal adalah berhidup dibawah kemiskinan, perbandingan kadar kemiskinan Sabah sebanyak 8.1% dan seluruh Malaysia hanya 0.6%, ini menunjukkan Sabah merupakan antaranya negeri yang paling miskin di Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa mengikut statistik dari kerajaan, golongan pekerja di Sabah mempunyai gaji yang paling rendah di seluruh Malaysia.
 Median pendapatan hanya mempunyai RM910 pada tahun 2012, erti kata ada separuh golongan pekerja dapat kurang daripada RM910 sebulan.
Berbanding dengan KL atau Selangor iaitu RM2000, median pendapatan golongan pekerja di Sabah separuh pun tak sampai. Ini menunjukkan kesusahan orang Sabah, bukan sahaja orang asal malah seluruh golongan pekerja.
Beliau berkata bahawa salah satu janji daripada kerajaan persekutuan ketika pertubuhan Malaysia ialah pembangunan di Sabah akan diseragamkan dengan Semenanjung dan kehidupan orang asal akan dinaiktaraf.
Tetapi jelasnya, semua ini tidak ditepati malah kehidupan mereka semakin susah. Lagipun, yang lebih membebankan ialah, harga barangan di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia manakala pendapatan Sabah jauh lebih rendah berbanding Semenanjung.
Selanjutnya  Stephen Wong juga berkata bahawa di luar bandar negeri Sabah, bukan sahaja orang asal sangat miskin dan mengalami kehidupan yang susah, juga mendapati bahawa banyak lagi kampung-kampung tidak mempunyai akses air dan elektrik, tidak ada perkhidmatan klinik perubatan, tiada akses jalan, ada kabel tiada elektrik, ada paip tiada air, sampai ke hari ini, ramai orang Sabah mengalami kehidupan yang begitu susah. Walaupun Malaysia tinggal lima tahun kononnya akan menjadi Negara maju, tetapi hakikatnya seperti hidup di Dunia Ke-3. Ia amat memalukan. POSTED by The Sabah Insider.net

GST BETUL-BETUL BEBANKAN RAKYAT GOLONGAN MISKIN DI SABAH...KATA WONG

 Monday March 14.2016

OLEH: KREW DAP
SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com

SANDAKAN:- Kesengsaraan rakyat semakin hari semakin tertekan dan terhimpit dalam kehidupan seharian disebabkan harga barangan terlalu tinngi harganya gara-gara kerajaan mengenakan  GST  (Cukai Perkhidmatan Jualan)

Oleh itu golongan yang berpendapatan rendah RM500,00 sebulan tentu mereka terkapar-kapar apa lagi mereka yang menanggung anak dan keluarga yang ramai  tambah lagi kehidupan mereka semakin  terhimpit.

Dalam pada itu Ahli Parlimen  kawaan Sandakan Stephen Wong Tien Fatt (DAP) mencadangkan kepada kerajaan dan mempersoalkan sama ada kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar cukai GST di Sabah untuk mengurangkan beban rakyat Sabah.


Memandangkan harga barang Sabah lebih tinggi dan berpendapatan lebih rendah daripada Semenanjung Malaysia, hal ini terbentuk masalah ketidaksamaan di antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, sekiranya kadar cukai GST dikenakan secara konsisten di Malaysia, maksudnya rakyat Sabah dipaksa membayar cukai GST yang lebih tinggi dan ini adalah tidak adil bagi rakyat Sabah.

Dalam hal ini, Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Johari Bin Abdul Ghani memberi jawapan kepada soalan YB Stephen Wong bahawa kerajaan tidak akan mengurangkan kadar cukai GST di Sabah kerana kadar cukai GST di Malaysia adalah agak rendah berbanding dengan negara-negara jiran, seperti Singapore 7%, Filipina 10%, Thailand 7% dan Vietnam 10%.

Lagipun, banyak barang-barang telah dimasukkan ke dalam senarai tidak kena GST, oleh itu, pada dasarnya kebanyakan barang-barang keperluan harian adalah bebas daripada cukai GST, jadi kerajaan tidak akan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar GST.

Beliau telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan di Parlimen mempersoalkan adakah kerajaan persekutuan bertimbang semak semula kadar GST memandangkan pendapatan kerajaan semakin menurun akibat kejatuhan harga minyak antarabangsa.

Beliau memberi penerangaan selanjutnya bahawa banyak orang bertanya pendapatan kerajaan semakin menurun, adakah kerajaan akan meningkatkan kadar cukai GST untuk mempertingkatkan hasil perbendaharaan, jadi Timbalan Menteri Kewangan berkata bahawa kerajaan tidak mengambil kira kenaikan kadar cukai GST semasa, ini juga bermakan mengekalkan kadar cukai GST di 6%.

Pada pandangan YB Stephen Wong yang juga merupakan Pengerusi DAP Sabah, cukai GST menyebabkan kenaikan harga barangan, terutamanya di Sabah adalah paling teruk sekali, kebanyakan harga barang juga lebih tinggi daripada
Semenanjung Malaysia, khususnya Kuala Lumpur.

 Ini membawa impak negatif kepada ekonomi yang sudah agak merosot dan menambah beban dan kesusahan rakyat Sabah, jadi beliau berharap Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan kadar cukai GST untuk mengurangkan beban rakyat Sabah.

Walaubagaimanapun, beliau berasa amat kecewa kerana Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk mengurangkan kadar cukai GST.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


SALLEH BURUNG KERUAK JANGAN MEMALUKAN RAKYAT SABAH


 Monday March 07.2016

OLEH: SHARLENE SAHRIZAL ABDULLAH
www. Sabahkini16.blogspot.com


PERLU saya jelaskan disini  kalau sudah jadi Menteri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) tambahan kaki ampu kaki bodek dan angkat kaki dan kononnya pakar mengular bacalah indeks Undi Popular keputusan PRU 13 yang lepas.

Tahu kah Salleh Burung Keruak dalam keputusan Barisan Nasional  (BN) hanya mendapat 47-48% saja undi Popular manakala PR mendapat 51-52% Undi Popular.

Itu menunjukkan BN telah diselamatkan oleh Kerusi Parlimen dari Sabah & Sarawak bukan kerusi Parlimen Semenanjung.

Salleh ianganlah  nak bagi malu rakyat Sabah cakap tak serupa bikin memang dasar kaki bodek-kaki ampu seperti Nazri Aziz_Tengku Adnan Mansur  dan Azlinah Othman mereka ini serupa jadi jadi petualang dalam UMNO suka memecahbelakan peraduan UMNO yang kena tahinya ia Datuk Seri Najib sendiri gara-gara perbuatan mereka berempat.

Tentang Deklarasi itu memang bukan mewakili 30 Juta rakyat, takkan lah bayi baru lahir dan rakyat bawah umur 21 tahun juga diambil kira?

Salleh Burung Keruak nak dikatakan bijak pak menteri ni, kelihatan bahlul pula, nak dikatakan bahlul ,dia berjawatan menteri pula.

Setahu saya, Dato seri Salleh Kepala Keruak  ni idam idamkan Jawatan Ketua Menteri  Sabah. Itulah yang tersirat awas-awas Datuk Musa, Salleh  ini adalah gunting dalam lipatan musuh dalam selimut dalam UMNO.

CAJ PARKING MPS DI BANDAR SATELIT SUSAHKAN RAKYAT..DAKWA WONG



 Monday March 07.2016



OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-   Satu ketetapan telah diputuskan dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa Bertindak Membantah Caj Parking di kawasan Bandar satelit yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada Mei ini telah mendapat persetujuan oleh semua pihak

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang mempengerusikan mesyuarat itu sambil memutuskan untuk memungut tandatangan penduduk-penduduk Sandakan  untuk mendesak supaya Presiden MPS Datuk James Wong sama ada  iaitu ditukar atau dipecat daripada jawatanya yang kini di sandangannya.

Wong bagi pihak masyarakat Sandakan yang mewakili kaum masyarakat Cina dan Bumiputera  berkata James Wong memang tidak layak jadi Presiden MPS kerana kerjanya dari mula sehingga kini tiada lain menyusahkan rakyat khusus yang ditinggal di daerah Sandakan.

Kata Wong lagi kebanyakan penduduk di sini bukannya tergolong daripada orang kaya sudahlah  kerajaan menyusahkan rakyat setiap pembelian barangan dikenakan caj GST ditambah pula beban baru iaitu caj parking di bandar-bandar satelit dari Bandar Kim Fung hingga ke Bandar Sibuga Jaya Batu 8 Jalan Labuk.

Tindakan MPS benar-benar menjurus kepada menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal diFlat-Flat berkenaan yang meletakan kereta sehari suntuk sudah berapa caj parking bakal dikenakan oleh pengguna.POSTED By The Sabah Insider.Net

GOTONG ROYONG BERSIHKAN PANTAI PASIR PUTIH ANJURAN PAKATAN HARAPAN=DAP-PKR-AMANAH DAPAT SAMBUTAN

 Monday March 07-2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KARAMUNTING:-  Untuk menjaga kebersihan alam sekitar khususnya di kawasan persisiran pantai untuk mengindahkan lagi suasana disekeliling tidak hanya terletak di bahu pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) semata-mata.

Kalau pihak kerajaan khususnya MPS dan ADUN Karamunting yang mempunyai cukup dana kenapa tidak mahu menganjur Gotong Royong khusus bagi membersihkan kawasan sekitar persisiran Pantai Pasir Putih yang merupakan satu-satu pantai yang ada di Sandakan  apa masalahnya.

Namun bagitu  untuk sama-sama menjaga kepentingan Pantai Pasir Putih agar kelihatan bersih supaya tempat ini dijadikan tarikan kepada pelancong luar dan dalam mengunjungi dan beriadah di setiap hujung-hujung mingu atau cuti umum. 

Satu ketepatan telah diambil oleh  Parti PAKATAN HARAPAN yang merangkumi PKR-AMANAH dan DAP  pagi tadi telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan dan membuang sisa-sisa  sampai sarap yang tersadai  ditebing pantai itu  yang terbiar sekian  lama begitu saja.

Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt telah mengetuai gotong royong tersebut dan mendapat sambutan diluar jangkaan.

“Wong berkata kita sebagai warga Sandakan memang sentiasa mengambil berat dalam memuliharaan alam sekitar lagi-lagi kawasan Pantai Pasir Putih yang sentiasa dikunjungi oleh masyarakat setempat bila mana kelihatan dalam keadaan kotor dan menjijikan sakit mata menandang bila melihatnya” kata Wong.

Sementara Pengerusi AMANAH Sabah Haji Hamzah Hj Abdullah bagi  pihak MP Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program gotong royong ini semuga ini juga merupakan ibadah dan  amal jariah.

Katanya ahli-ahli UMNO-BN mereka asyik berpolitik saja sehingga kepentingan masyarakat diabaikan terutama sekali dalam menjaga kebersihan alam sekitar di mana kah letak  tanggungjawab sebuah kerajaan yang konon mendapat sanjungan tinggi dari rakyat jelata.
 POSTED by The Sabah Insider.net 




PEMBOHONGAN TENGKU ADNAN MANSUR BUKAN KETURUNAN SULTAN SEBENARNYA TERBONGKAR



Friday March 04.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com


MARIlah kita sama-sama kita membaca sejarah hal kisah sebenar keturunan Tengku Adnan Tengku Mansur adakah dia (Adnan) keturunan sultan  yang sebenar.

Manusia  boleh jadi Tuhan tak hairan ada ubah diri jadi tengku makna kerabat raja nanti bolehlah jadi sultan.

Siapa Tengku Adnan Ini? mari kita hurai untuk maksud kita tahu dan nanti bolehlah ikut macam dia boleh jadi sultan Sabah. ini saya kutip dan baik juga kita baca sejarahnya:

"...Tengku Palsu mirip wajah Flinstone suka suka makbapak dia je pakai nama Title "TENGKU". muka macam jimbet. apa JIMBET itu?

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962.

Ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak.

Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.

Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’.

Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336
 
Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat.

Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malaysia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN...."

Kisah ini  Tengku Adnan sama juga kisah  Datu Akjan  Ali Mihamad yang bergelarkan dirinya sebagai pewaris Sultan Sulu dan rakyat Sabah banyak menerima pingat-pingat kebesaran yang membawa gelaran Datu yang disampaikan sendiri oleh Akjan sehingga membawa satu tangkap polis tetapi sehingga kini kes itu macam tekah ditutup oleh  PDRM.

Petikan berita Bernama terbit di Malaysia Kini

Biar polis siasat Sultan Sulu, kata Musa Aman (Malaysia Kini) 23hb Mei 2015

KOTA KINABALU:- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, hari ini meminta semua pihak membiarkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu rakyat Malaysia ditabal sebagai Sultan Sulu.
 "Seperti yang anda tahu, kerajaan kita tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu. Jadi biar pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika mengulas perkara itu di Kota Kinabalu.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri juga meminta mereka yang berkenaan agar tidak memanjangkan isu tersebut.
Sebelum ini, pelbagai pihak menyuarakan bantahan apabila seorang rakyat Sabah, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dilapor ditabal sebagai Sultan Sulu yang baru awal bulan ini.
Isu tersebut kini disiasat polis mengikut ISA dan Kanun Keseksaan kerana menyebarkan maklumat palsu berikutan laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Mohd Akjan.- Bernama

Sayapun nak tukar nama jadi Tengku Ismaily Tengku Bungsu dan beruk monyet uran utan ketawa guling-guling.


PRESIDEN MPS TIDAK BERHATI PERUT AKAN MELAKSANAKAN CAJ PARKING DI BANDAR-BANDAR SATELIT



Friday March 04.2016

\
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengenakan caj parking di  bandar-bandar satelit  yang berkuatkuasa 1hb Mei ini telah mendapat perhatian meluas bukan saja  oleh masyarakat setempat bahkan wakil-wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt turut mengutuk sekeras-kerasnya kedegilan pihak MPS yang meneruskan niatnya bagi melaksanakan caj parking itu di bandar-bandar satelit bermula dari Bandar Kim Fung  hingga ke Batu 8 Jalan Labuk.

Wong menyifatkan Presiden MPS James Wong  yang berhati hitam langsung tidak mahu memperimbangkan kesusahan rakyat  Sandakan dan memaksa rakyat untuk menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi

Beliau menegas bahawa sekarang sudahlah rakyat begitu susah, rakyat dipaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Di dalam situasi begini, tidak ada orang boleh mengelakkan diri daripada kemerosotan ekonomi, MPS pula melaksanakan tindakan yang menambah beban rakyat. Bukankah komitmen kerajaan seharusnya mengutamakan kebajikan rakyat dan meringankan beban mereka?

Beliau menyahut pelbagai sebab-sebab yang diberi oleh MPS untuk melaksanakan caj letak kereta adalah tidak munasabah.

Pemilik kenderaan yang  meletakan  kenderaan berpanjangan masa di kawasan letak kereta awam adalah keperluan asas mereka, di mana tempat itu merupakan tempat kerja atau tempat tinggal mereka. 

MPS bukan sahaja tidak mengambil berat keperluan mereka, sebaliknya menyalahkan rakyat dan minta mereka untuk membayar, dan dengan itu meningkatkan pendapatan majlis bandar, hal ini memang keterlaluan dan tidak wajar!

Beliau berharap pihak MPS dapat menangguhkan pelaksanaan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit dari Batu 4 hingga Batu 8 demi kepentingan rakyat.

Beliau juga berharap wakil rakyat BN boleh mengambil tindakan untuk menggesa MPS untuk menangguhkan pelaksanaan polisi tersebut sehingga keadaan ekonomi pulih sedia kala. POSTED BY THE SABAH INSIDER.NET


https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif